
Akhir Julai yang lalu, Aku diberi tugas sebagai kerani stok bersama seorang pekerja lama iaitu Kak Faz yang memegang jawatan yang sama. Kami bekerja bersama selama seminggu di kedai Trend App (TAE) cawangan Kedai Lalat dan mempunyai keserasian dalam menerima dan memberi tunjuk ajar.
Pada suatu hari, ada seseorang yang termenung dan memerhati Kak Faz ketika membuat kerja di Kaunter pembayaran. Aku seorang yang ramah mesra ini bertegur dengan orang itu.
"Pekerja baru ke?" Bertanya dan melempar senyuman.
"Ye, start kerja harini, tapi bukan pekerja di sini. Tapi di Parkson", jawabnya orang itu.
"Ouh, traning kat sini lah. Kenal dah ke staff yang lain, nama ape?, Saya Bella " ramah Aku lagi.
"Nama Shida. Belum lagi" sambil menggelengkan kepalanya dengan senyuman.
Tanpa segan silu, Aku memperkenalkan pekerja di situ kepada Shida. Dan pekerja disitu menyapa Shida kembali dan ingin sekali memberi tunjuk ajar kepada Shida dalam mempromote barang kedai kepada customer. Selepas memperkenalkan pekerja TAE kepada Shida, Aku mengajak Shida untuk menampal sticker di setiap barang jualan di dalam kedai itu. Semasa kami menampal sticker itu, banyak cerita yang kami kongsikan bersama. Antaranya ialah tempat belajar, tempat praktikal, hobi dan bermacam lagi.
Shida mempunyai Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dan menghabiskan sisa diplomanya dengan membuat praktikal di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Aku terkejut dan teruja apabila Shida menyebut UMT kerana disitulah Aku menerima segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran. Shida memberitahu dia membuat latihan praktikalnya di Enos dan bercerita tentang kenangannya bersama UMT. Aku dengan tidak malunya turut bercerita sama dan berkongsi kenangan.
Setelah bercerita fasal UMT, kami bercerita fasal hobi dan side income. Aku bertanyakan Shida, tentang pendapatan sampingan yang dia ada. Shida pada mulanya tidak memberitahu dan apabila aku menceritakan tentang side income aku yang aku buat separuh jalan terus dia memberi nasihat dan memberitahu tentangnya. Aku tidak sangka dia dapat jana income dengan Menulis. Aku tanpa segan silu untuk meminta tunjuk ajar dan dia bersedia untuk mengajar.
Pada keesokannya, kami berjumpa lagi ditempat kerja yang sama. Kami masih menyambung kerja yang sama. Memandangkan Shida tinggal jauh daripada tempat kediamannya berbanding Aku, Aku mengajaknya untuk lunch bersama. Shida bersetuju untuk keluar bersama sambil memberi tips dan tunjuk ajar cara-cara jana income. Kami memilih untuk makan di Kedai mee celup.
Setelah sampai di kedai yang kami setujui, kami mengorder makanan. Sambil menunggu makanan siap, Aku menunjukkan telefon bimbitku dan menyuakan kepadanya. Shida menerima dan Aku mendekatinya lebih sedikit daripada sebelum. Shida menunjukkan Aku cara-cara menggunakan Apps sehingga pandai dan Apps itu telahpun wujud di dalam telefon Aku. Shida menasihati Aku supaya terus menggunakannya ketika menulis mahupun berkarya. Kami menjamu selera.
Setelah kenyang, kami membawa diri ke tempat kerja kembali. Kami masih membuat kerja sambil bercerita. Apabila orang bertanya tentang keakraban kami secara tiba-tiba kami hanya memberitahu kenal di tempat kerja ini dan kami mempunyai Projek Empat Billion. Staff di sini, hairan dengan kami. Kami hanya bersenyum antara satu sama lain.
Hari last day Shida di TAE, terasa begitu cepat masa berlalu. Shida ada berpesan supaya jika ada masalah tentang apa yang diajarnya, dia akan bantu melalui atas talian. Aku berterima kasih kepadanya. Terima kasih SHIDA.
Yang Ikhlas,
rosfamilah