Hai. Malam ni ciklah nak bercerita pasal kunyit. Bukan pasal geng kunyit tau 😊😊 Kunyit ini merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesihatan dalaman dan luaran khususnya buat kaum wanita dan juga lelaki. Banyak khasiat kunyit yang kita boleh dapati apabila kita menggunakannya. Kebiasaanya, kunyit hanya dilihat di dapur untuk digunakan di dalam masakan seperti untuk garam kunyit ikan, gulai telur itik dan lain-lain.
Adakah kawan-kawan tahu bahawa kunyit ini dapat merawat kulit yang bermasalah seperti:-
- Jerawat
- Jeragat
- Kulit kusam
- Blackhead / Whitehead
- Gatal
- Sunburn
Ciklah pernah mengalami masalah ini terutama naik bintik jerawat di muka dan kulit kusam. Amat menyakitkan apabila kulit wajah ini tidak pernah dinaiki bintik jerawat dan akhirnya dia menetap juga di kulit muka ini.
Wajah yang kusam dan sunburn
Jadi disini, ciklah nak kongsikan cara-cara ciklah mengatasi masalah ini dengan serbuk kunyit dari kebun Ayoh Loh.
Serbuk kunyit ini diperkenalkan oleh kakak kepada sahabat sekolah ciklah. Ciklah mencuba kunyit ini kerana buntu untuk mengatasi masalah kulit. Apabila diperkenalkan, ciklah cuba konsisten dengannya. Alhamdulillah, walaupun hasilnya lambat, tapi ia amat memuaskan apabila kulit wajah tidak lg berjerawat dan tidak kusam.
Cara-cara ciklah memakainya adalah:
- Ambil 2 sudu teh serbuk Masker kunyit dari Laira
- Campurkan 1 1/2 sudu yogurt
- Gaul sehingga sebati
- Lumur di muka sehingga terasa kering
- Bilas dengan air suam
No comments:
Post a Comment