Sunday, August 5, 2018

HEBATNYA RTC KOTA BHARU

Assalamualaikum sahabat positif cikLah 😊😊 Cantik kan view di pagi hari ini. Gambar yang ciklah kongsikan ini adalah view berhadapan dengan musollah dan gelanggang futsal di RTC. RTC @Teman @Tunjung sangat famous kepada tok peraih ikan, sayur dan barang runcit. Di situ lah banyak pemborong yang memborong barang-barang jualan untuk dijual di tempat mereka. 

Abang kepada Ciklah merupakan salah seorang peniaga dan barang jualan untuk customernya majoriti dibeli di sini. Ciklah peneman setianya ke sana. Pagi ni ciklah nak kongsikan apa ada dan hebatnya di RTC kota Bharu.

1.0 BLOK A

Blok A

Gambar ini diambil di dalam blok A. Disini terdapat banyak barang jualan. Antaranya ialah, 

  • Barang runcit
  • Buah-buahan
  • Sayur-mayur
  • Ikan kering dan keropok Lekor
  • Kueh-Mueh
  • Minuman 
  • Klinik 1Malaysia
  • Bank BSN
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Persatuan Komuniti dan Keusahawanan
  • Pejabat Imegresen
  • Dll

MyFarm Outlet Kasih

Tempat ini terletak di blok A. Di sini terdapat penjual yang menjual barangan basah dan barangan kering secara runcit.

 Disini juga terdapat 4 bahagian jualan iaitu:

  • Bahagian Sayur sayuran
  • Bahagian Runcit
  • Bahagian Buah-buahan
  • Bahagian Makanan dan Minuman

2.0 BLOK B

Blok B merupakan tempat pembekal menjual kepada pemborong. Pemborong membeli dengan harga yang murah daripada pembekal. Barangan jualan di sini adalah sama yang dijual di Blok A tetapi harga berbeza dimana disana dijual secara runcit dan di sini dijual secara borong. Waktu jualan di Blok B turut ditetapkan oleh penjaga disini iaitu antara jam 1pagi hingga 6pagi. Kemudian Pemborong kepada peruncit antara jam 6pagi hingga 8pagi.

3.0 BLOK C

Di sini tempat menjual secara borong dan runcit barangan basah. Tempat ini bising sedikit berbanding di tempat lain kerana majoriti penjualnya adalah golongan lelaki. Disini juga turut menjual ikan, daging dan ayam yang telah disejuk beku dan tahan lama. 

3.0 CAFE / MEDAN SELERA 

Disini pengunjung dapat menikmati kelazatan makanan kampung iaitu makanan tradisional mahupun western. 

5.0 PASARINA

Disini terdapat barang jualan seperti pakaian, barangan kraf, tikar, selipar di mana pengunjung tidak perlu ke kompleks membeli belah untuk membelinya.

6.0 KEMUDAHAN

Surau

Gelanggang Futsal

Taman mainan

Tempat Parking

Setiap pagi ciklah suka ke sini kerana pelbagai kerenah penjual dan pembeli dapat dilihat. Antaranya dalam situasi tawar menawar. Keadaan bertambah kelakar apabila penjual mengambil hati pembeli dengan puji-pujian dan kata-kata manis. Disini juga ciklah dapat merelease tension dengan telatah mereka.

Jadi, disini ciklah mengambil iktibar kita haruslah bersyukur dengan apa yang ada kerana di sebalik kesenangan kita terdapat kesusahan orang lain. Ciklah turut belajar amalan lebih baik memberi daripada menerima 😊😊



4 comments:

Kunyit Mengatasi Masalah Kulit

Hai. Malam ni ciklah nak bercerita pasal kunyit. Bukan pasal geng kunyit tau 😊😊 Kunyit ini merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang baik unt...