TEMA
: BUDAYA DAN WARISAN
TAJUK
: PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
Dari
jauh ku lihat dia,
Berbaju
melayu ku lihat bergaya,
Bersolat,ke
majlis rasmi,
Dipakai
kemas dan segak,
Lelaki
sejati itulah gelarannya,
Kemana
sahaja bersongkok di kepala
Bukan
untuk menutup panas,
Bukan
untuk menutup rambut,
Itulah
lelaki idaman Malaya.
Cik
adik manis berbaju kurung,
Kuning
menyerlah terpancar cahaya,
Selendang
dipakai tertutup aurat,
Itulah
dia, warisan berzaman.
Berlenggok
kiri dan kanan ke mana saja,
Tingkah
dijaga bersama budi bahasa,
Keayuan
terselah bersama kesopanan,
Memikat
hati si kumbang liaran.
No comments:
Post a Comment