TEMA : KASIH SAYANG / CINTA
TAJUK : AYAH DAN IBU
Ayah,
Kasihmu sepanjang masa,
Wajahmu kelihatan sentiasa ceria,
Lelah, perit tidak ditunjukkan
Mencari rezeki siang dan malam
Untuk anakmu pewaris keluarga
Ibu,
Engkaulah ratu buat anakmu,
Engkaulah kekuatan dalam keluarga,
Pengorbanan dirimu melahirkan
Tidak dapat dibalas dengan emas
Hanya doa dapat dihadiahkan
Kerana kasih ibu membawa ke syurga
TEMA : AGAMA
TAJUK : MATI
Mati,
Sesuatu yang pasti terjadi,
Semua makhluk akan merasainya,
Iaitu menemui penciptanya,
Hari itu tidaklah jauh beribu batu,
Cepat mahupun lambat
Masanya akan tiba jua,
Mati,
Nyawa diambil tidak mengenal usia,
Tua mahupun muda
Pasti akan dijemput olehNya,
Hanya amalan yang dapat dibawa,
Kebaikan dan keburukan itulah timbangan,
Kebaikan penuh bergembiralah,
Keburukan penuh berdukalah,
Berjumpalah kamu di alam sana.
TEMA : ALAM
TAJUK : KEINDAHAN BUMI
Cuaca pagi indah sekali,
Embun pula masih di rumput,
Kehijauan daunan terserlah warnanya
Menunjukkan bahagia berada di dunia
Setiap pagi matahari terbit,
Kelihatan jingga di kejauhan,
Pancaran bukan sekadar sinaran,
Pelbagai vitamin turut disalurkan
Sebagai ubat kekuatan diri.
Lautan biru berombak-ombak,
Menolak rezeki ke kuala pantai,
Nelayan bersorak kegembiraan
Bagaikan bulan jatuh ke riba,
Bersyukur pada Illahi kurniaan
Anugerah tidak ternilai.
TEMA : AGAMA
TAJUK : REDHO ILLAHI
Walau berjuta fitnah melanda,
Walau perih dan duka ditusuk,
Tidak akan berhenti ku lari mengejar,
Cinta Illahi dan syurgamu.
Kuatkan hati satukan langkah,
Lipat gandakan amal dan kebajikan,
Kepada Allah kita berserah,
Agar dipelihara di dunia dan akhirat
Lebarkan semangat di dalam jiwa,
Hapuskan duka di dalam kalbu,
Banyakkan munajat pada yang kuasa,
Teguhkan pilihanmu di jalan-Nya.
TEMA : BUDAYA DAN WARISAN
TAJUK : PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
Dari jauh ku lihat dia,
Berbaju melayu ku lihat bergaya,
Bersolat,ke majlis rasmi,
Dipakai kemas dan segak,
Lelaki sejati itulah gelarannya,
Kemana sahaja bersongkok di kepala
Bukan untuk menutup panas,
Bukan untuk menutup rambut,
Itulah lelaki idaman Malaya.
Cik adik manis berbaju kurung,
Kuning menyerlah terpancar cahaya,
Selendang dipakai tertutup aurat,
Itulah dia, warisan berzaman.
Berlenggok kiri dan kanan ke mana saja,
Tingkah dijaga bersama budi bahasa,
Keayuan terselah bersama kesopanan,
Memikat hati si kumbang liaran.
TEMA : EKONOMI
TAJUK : PENYELAMAT EKONOMI
Cukai barangan dan perkhidmatan
Itulah penyelamat ekonomi Malaysia
Dikenakan pula ke atas semua rakyat
Hasilnya juga dikongsi bersama
Untuk mencapai Negara maju dan harmoni
“Malaysia masih aman”
Itulah kata seorang menteri
Pelbagai peruntukan telah diberikan
Meningkatkan taraf hidup
Adalah peranannya.
Setiap tahun bajet dikeluarkan,
Sebagai panduan untuk berbelanja,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Itulah matlamat pemimpin bijaksana.
TEMA : ILMU
TAJUK : ILMU PENYULUH HIDUP
Ilmu adalah cahaya,
Menerangi hidup sesiapa yang memiliki,
Tidak kira muda atau yang berusia,
Bersama mencarinya untuk kesempurnaan.
Ilmu,
Sesuatu yang susah dimiliki,
Tetapi diperlukan setiap masa,
Untuk bekerja, mahupun kehidupan
Siapa yang miliki pasti Berjaya.
Ilmu dicari dimana-mana,
Tidak kira tempat di mana jua,
Pasti bertemu dengan Ilmuan,
Agar dapat mempertahankan
maruah agama, bangsa dan negara.
TEMA : KEMERDEKAAN
TAJUK : TANGGAL 31 OGOS
Tanah melayu,
Pernah dijajah oleh pelbagai Negara,
Potugis, Jepun dan British
Itulah antaranya.
Tanggal 31 Ogos 1957,
Detik bersejarah buat negara,
Tanah Melayu bebas daripada penjajah,
Bebas membuat keputusan sendiri,
Bebas menguruskan kewangan sendiri
Bebas melakukan apa saja,
Tanpa campur tangan Negara luar,
Walaupun ramai yang terkorban
Untuk mempertahankan Negara,
Tanah melayu masih berdiri teguh,
Jasa wiranya akan sentiasa dikenang,
Kerana tanpa pejuang pasti Malaysia tiada.
TEMA : PERPADUAN
TAJUK : PERPADUAN MALAYSIA
Malaysia,
Tanah tumpah darahku,
Nama diberi untuk kenalan dunia,
Sebagai petunjuk tempat makmur
Lagi harmoni selesa dikunjungi
1Malaysia slogan dibuat
Mercu perpaduan semua jelata,
Pelbagai bangsa pelbagai agama
Hidup sejahtera dibumbung yang sama
Melayu, Cina dan India adalah majoriti
Bantu membantu adalah amalan,
Kata sepakat kekuatan hubungan
Mencapai perpaduan hingga ke jannah.
TEMA : SAINS DAN IT
TAJUK : KEMODENAN
Dulu terdapat sawah padi,
Dulu adanya perigi,
Dulu kapcai dinaiki,
Dulu desa dihuni,
Dulu rumah bertangga tinggi,
Dulu telefon awam dicari,
Kini, sudah tiada lagi.
Zaman berganti zaman,
Teknologi semakin canggih,
Kenderaan direka pelbagai jenis
Percepat tugas, perjimat masa
Menyusuri dunia adalah matlamat,
Sebagai mercu kebanggaan negara.
No comments:
Post a Comment